Friends :)

Permohonan Nikah di Johor - ENCR Online

Assalamualaikum wbt,


Hi, rasanya lama jugak tak update entry. Almaklum sangat2 busy dengan my wedding preparation. Entry today nak story sedikit regarding permohonan nikah di Johor melalui ENCR online. Nampak mudah bile tengok perkataan 'online', tapi lagi rumit sebenarnya. itu pada pandangan saya la. sebab sistem online ni kadang2 facing many problems jugak (sebab dah terkena) -_-" . Tapi takpe, asal borang dah settle, alhamdulillah...yeah! boleh kahwin ngeh2..

Step2 awal untuk daftar ENCR online:-

1) sila layari web ni - http://encr.johor.gov.my/UserLogin.aspx 



2) kalau belum daftar, click kat no 2 yang ada tulis "klik sini"

3) click "saya terima terma dan syarat di atas" dan click " teruskan"



4) masukkan maklumat seperti yang diminta dan hantar permohonan. Nanti korang akan dapat slip permohonan.

5) then, kene call pejabat agama yang berhampiran untuk aktifkan ENCR tu. Biasa org pejabat agama akan tanya " nama dan ic" je.

6) Dalam masa selang beberapa jam, maka aktiflah ENCR korang. So, once dah aktif, boleh la log in.


After daftar:-

1) log in - username & password yang korang create mase daftar dulu.

2) Isikan butiran diri, butiran wali dan dll (semua yang ada kat situ). Make sure after isi kene click kemaskini. 

3) then, boleh go to permohonan kebenaran nikah lelaki/perempuan. kat situ, click permohonan baru.

4) kat permohonan ni, kene isi mane yang berkaitan la. butiran diri, butiran pasangan (butiran pasangan ni, kalau pasangan dah daftar & aktifkan akaun ENCR, boleh masukkan no kod daftar je - automatik maklumat akan terjana kat situ), wali (untuk perempuan je), bila nikah, tempat nikah dll (tak ingat sangat sebenarnye) hehe.

5) once dah yakin semua maklumat betul, boleh la click hantar permohonan. Boleh je click hantar dulu permohonan ni, even borang pasangan korang terutamanye yang pihak lelaki belum settle lagi. Kire org pejabat agama tak akan proses pun pape pun sebab pihak perempuan belum hantar kedua-dua borang lelaki n perempuan ke pejabat agama tu.

6) bagi yang bakal suami/isteri luar johor. korang kene daftarkan ENCR untuk dorang. Dalam erti kate lain, pasangan kene ada jugak la ENCR tu. sebab ini utk memudahkan pejabat agama link kan korang punya ENCR dgn pasangan. Proses daftar sama je, macam di atas :)

7) lepas dah daftar utk pasangan tu, buat benda yang sama macam kat atas pastu hantar permohonan juga. Tapi pejabat agama still tak proses jugak, sebab pihak perempuan belum hantar ke pejabat agama both borang (lelaki & perempuan).

8) after dah hantar permohonan via ENCR tu, akan wujud satu ruang untuk printing ye. Korang print borang yang berkaitan aje tau :) 
- slip permohonan
- borang saksi
- borang wali - bagi yang perempuan
- senarai dokumen


Step akhir:-

1) after borang pihak lelaki dah settle dan dapat pengesahan dari pejabat agama belah lelaki, & borang perempuan pun dah lengkap, bolehlah pihak perempuan pergi ke pejabat agama mengikut daerah tempat korang akan bernikah nanti (yang ni of courselah sebelah perempuan kan) untuk final step. Make sure both borang & supporting dokumen lengkap dan buat salinan siap2 (nak selamat buat la 2 salinan).

2) after settle step di atas (step 1) tu, kene bayar rm30 tau pada pengawai pejabat agama yang proses borang korang tu. then, tunggu la giliran untuk interview ye! interview ni utk orang johor dan yang bermastautin di johor lebih 6 bulan je. be prepared~ hehe.

Soalan interview:
1)mengucap 2 kalimah syahadah & erti
2) al-fatihah & 2 surah lazim
3) bacaan doa qunut, tahiyat awal/akhir
4) toharah
5) munakahad
6) tanggungjawab suami isteri

soalan dari 4 to 6 tu, randomly ye..mksdnye depend on ustaz/ustazah yang akan soal korang nanti. sebab skop terlalu meluas. 

4) bila dah lulus interview, pegawai pejabat agama akan passkan korang satu fail beserta no telefon jurunikah untuk korang serahkan fail tersebut kepada jurunikah yang akan menikahkan korang nanti. kire yang purpose memang untuk book date & masa la kat jurunikah tu. 

5) dah selesai semua, ALHAMDULILLAH! BOLEH KAHWIN! haha wehuu.. 


p/s: tak boleh heppy sgt, tanggungjawab lepas khwn tu lagi berat okay..-_-"


Oklah, hopefully dapat la juga membantu kepada sesiapa yang bakal berkahwin di johor ye. Best of luck guys! 

MAY ALLAH EASE EVERYTHING ON MY BIGGEST EVENT IN MY LIFE 

AMIN
AMIN
AMIN

kalau ade terkurang/tersilap dengan info diatas, maaf ye :) sekadar membantu ~


pens off,
nadiahalim





MY E-DAY 19.05.2013

Assalamualaikum wbt,

Dulu pernah jugak ada "feeling" nak make entry about my e-day. Tapi bile the power of kemalasan melebihi 100%, ditambah lagi dengan sarang labah yang sememang tegar menemani blog ini, hajat aku terhenti di situ..... -_-"

Alhamdulillah setelah hampir 7 bulan, 2 minggu usia pertunangan kami, disamping mood kerajinan aku yang meluap2, so aku pun nak berkongsi serba sedikit hari pertunangan kami. Yela, mane la tau, time dah tua2 nanti (jika di panjangkan umur, dengan izin Allah)...terasa nak mengimbau kenangan lama, masa zaman muda-mudi dlu, boleh la aku review blog sendiri, ye dop? tiba-tiba aku terbayangkan masa tu mesti aku dah jadi seorang nenek yang sedang melayan perasaan membaca blog sendiri..haha :P 

Hari pertunangan kami berlangsung pada hari ahad, 19 Mei 2013 bersamaan 9 Rejab 1434H. Aku just jemput family terdekat, sedara mara, jiran n kawan2 paling rapat je. Tema kaler memang almost 90% purple, daripada baju aku, doorgift, pelamin dan hantaran yang menggunakan pastel kaler tapi still kene selitkan juga warna purple. Jom kita review satu persatu gambar during our E-day :-

E-day Dress







 Baju tunang : baju tunang simple je sebab baju kurung moden, cume kain aku ropol2kan banyak ckit. Kain ropol adalah hasil daripada idea kawan ofis aku..hehe.. So, kebetulan belakang ofis ade satu tailor, so hantar jahit situ je, senang aku nak lari2 tengok baju :P



Doorgift
Inside doorgift bag: mini mineral water seamaster & chocolate wrapped by sticker, and puding triffle  - colour theme: purple 

puding triffle dalam bag tu, kawan aku yang buat, salmi :) sorry sangat tak sempat nak ambil gambar puding tu...huhu
 mineral water ni salah satu doorgift untuk family tunang aku
mineral water botol besar ni pulak letak kat atas meja khemah

Amacam, cantikkan? pada sape2 yang berminat nak order, boleh usha2 blog kak irma ... hehe macam2 servis yang akak ni boleh provide. selain kat atas ni, untuk majlis aku jugak, akak ni buatkan special kek untuk dijadikan hantaran pihak lelaki..ala2 Eiffel tower gitu..hikhikhik..sayang giler aku nak makan, tapi hakikatnya bukan untuk aku pun kek ni..haha



Pelamin tunang
Hasil mencampur adukkan idea dari review2 mini pelamin kat tenet, akhirnya terhasil jugak mini pelamin yang awesome ni..hehehe..thanks and credit to kak ana dan suami yang sangat2 sporting. Harga pun berpatutan tau! So, kalau ade sape2 yang berminat nak mencuba servis dorang ni, boleh la add akak ana kat fb dia ye! :) 


Member ofis 



 Family tersayang
 love u mom, apis and ikin
with my beloved cousin, abg izal dengan tunang (tapi sekarang dah jadi husband and wife pun) hahaha



kami



muka tunang yang tak tido akibat last minute preparation...hahaha...lepas majlis je, boleh plak dia tido depan pelamin ni dengan kawan dia...erkkkk :P 

















hehehe, ni la bakal mak mertua aku..hehe...aku dengan tunang masing2 dah kehilangan abah dalam hidup kami. So, kami hanya ada mak je...Allah lebih mengetahui, Allah lebih sayangkan abah2 kami (Al-fatihah). 
We love u both mom! 

Hand bouquet flower
yang ni gambar kene besar sikit, sebab bunga ni made by encik tunang.. sebab dia yang buat, aku jaga betul2 bunga ni..haha nasib tak layu kan...and tak perlu siram everyday...sampai sekarang ade lagi..kang mase wedding, tibe2 takde bunga, aku guna balik je bunga ni la..hahaha

LASTLY, of course la my pictures! ngeh2 :D
p/s: lupa nak bagitahu, aku di make up + di make overkan by kak irma (make up) and kak suria yang bertindak memakaikan shawl and veil aku..hikhikhik.


Nampaknya itu saje untuk review pertunangan aku...lagipun dah lama sangat baru nak update...rase kurang semangat..hahaha..sekarang mood preparation wedding pulak yang ON! ditambah dengan $$$$$$$$ yang bakal menjadi air yang sentiasa mengalir deras...huhuhu...

Syukur alhamdulillah majlis berjalan lancar, now i'm in the midst of preparing for our big day pulak. Doakan ye moga semua dipermudahkan, amin ya rabbal alamin. 

Last picture from me...outdoor photoshoot, taken by din shu with komet, syahril and aishah


wasalam and enjoy your readings! 





pens off,
nadiahalim


MY SAVINGS (: