Friends :)

Updated!

 google image

Salam to all readers,

Alhamdulillah, semua pelajar & rakyat malaysia di sana masih dalam keadaan baik dan selamat. Mereka telah ditempatkan di kawasan-kawasan yang selamat b4 dibawa pulang ke Malaysia. Doakan supaya proses pemindahan mereka berjalan dengan lancar. Ada di antara mereka yang sudah selamat sampai ke Malaysia dengan usaha sendiri. Bersyukur juga kerana saya dapat menghubungi kawan2 yang berada di sana.Talian internet mereka sudah pulih. Mereka memberitahu semua masih selamat n masih menanti giliran untuk kerajaan melakukan proses evaluasi. Sama-sama kita doakan agar mereka di sana sentiasa berada di dalam perlindungan ALLAH SWT..amin..

beberapa links yang berkaitan dengan keadaan di sana:

"Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama-sama orang yang bersabar"

Jangan membuat sebarang spekulasi yang akan menimbulkan rasa tidak puas hati n kegelisahan di kalangan rakyat malaysia terutamanya pada keluarga yang mempunyai saudara mereka disana..

DI dalam entry saya yang lepas, terdapat pembetulan terhadap fakta yang dikeluarkan: Islam Itu Agamaku


4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga.
 
saya mendapat update terbaru yang dikeluarkan oleh PMRAM:
Update Mesir: Alhamdulillah, keadaan masih terkawal. Mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir ok belaka. Mereka perlu berjimat makanan dan belanja (ATM masih tak boleh guna utk keluar duit). Berita mahasiswi dirogol adalah palsu. Berita pelajar kena tembak di Tanta benar, tetapi dgn peluru getah yg terkena kaki. Beliau hanya meminta kita mendoakan mereka. (terkini dari Presiden PMRAM)
 
P/s : Ini sahaja update dari saya.Maaf jika ada kesalahan pada fakta ini :) Saya hanya mengikuti dan memberitahu apa yang  diuar-uarkan sahaja.
 
Regards,
Nadiahalim

2 comments:

DanieL AdiE said...

Thanx 4 sharing...

N.N.M.H said...

ur welcome :) thanks sudi baca :)

MY SAVINGS (: