Friends :)

Permohonan Nikah di Johor - ENCR Online

Assalamualaikum wbt,


Hi, rasanya lama jugak tak update entry. Almaklum sangat2 busy dengan my wedding preparation. Entry today nak story sedikit regarding permohonan nikah di Johor melalui ENCR online. Nampak mudah bile tengok perkataan 'online', tapi lagi rumit sebenarnya. itu pada pandangan saya la. sebab sistem online ni kadang2 facing many problems jugak (sebab dah terkena) -_-" . Tapi takpe, asal borang dah settle, alhamdulillah...yeah! boleh kahwin ngeh2..

Step2 awal untuk daftar ENCR online:-

1) sila layari web ni - http://encr.johor.gov.my/UserLogin.aspx 



2) kalau belum daftar, click kat no 2 yang ada tulis "klik sini"

3) click "saya terima terma dan syarat di atas" dan click " teruskan"



4) masukkan maklumat seperti yang diminta dan hantar permohonan. Nanti korang akan dapat slip permohonan.

5) then, kene call pejabat agama yang berhampiran untuk aktifkan ENCR tu. Biasa org pejabat agama akan tanya " nama dan ic" je.

6) Dalam masa selang beberapa jam, maka aktiflah ENCR korang. So, once dah aktif, boleh la log in.


After daftar:-

1) log in - username & password yang korang create mase daftar dulu.

2) Isikan butiran diri, butiran wali dan dll (semua yang ada kat situ). Make sure after isi kene click kemaskini. 

3) then, boleh go to permohonan kebenaran nikah lelaki/perempuan. kat situ, click permohonan baru.

4) kat permohonan ni, kene isi mane yang berkaitan la. butiran diri, butiran pasangan (butiran pasangan ni, kalau pasangan dah daftar & aktifkan akaun ENCR, boleh masukkan no kod daftar je - automatik maklumat akan terjana kat situ), wali (untuk perempuan je), bila nikah, tempat nikah dll (tak ingat sangat sebenarnye) hehe.

5) once dah yakin semua maklumat betul, boleh la click hantar permohonan. Boleh je click hantar dulu permohonan ni, even borang pasangan korang terutamanye yang pihak lelaki belum settle lagi. Kire org pejabat agama tak akan proses pun pape pun sebab pihak perempuan belum hantar kedua-dua borang lelaki n perempuan ke pejabat agama tu.

6) bagi yang bakal suami/isteri luar johor. korang kene daftarkan ENCR untuk dorang. Dalam erti kate lain, pasangan kene ada jugak la ENCR tu. sebab ini utk memudahkan pejabat agama link kan korang punya ENCR dgn pasangan. Proses daftar sama je, macam di atas :)

7) lepas dah daftar utk pasangan tu, buat benda yang sama macam kat atas pastu hantar permohonan juga. Tapi pejabat agama still tak proses jugak, sebab pihak perempuan belum hantar ke pejabat agama both borang (lelaki & perempuan).

8) after dah hantar permohonan via ENCR tu, akan wujud satu ruang untuk printing ye. Korang print borang yang berkaitan aje tau :) 
- slip permohonan
- borang saksi
- borang wali - bagi yang perempuan
- senarai dokumen


Step akhir:-

1) after borang pihak lelaki dah settle dan dapat pengesahan dari pejabat agama belah lelaki, & borang perempuan pun dah lengkap, bolehlah pihak perempuan pergi ke pejabat agama mengikut daerah tempat korang akan bernikah nanti (yang ni of courselah sebelah perempuan kan) untuk final step. Make sure both borang & supporting dokumen lengkap dan buat salinan siap2 (nak selamat buat la 2 salinan).

2) after settle step di atas (step 1) tu, kene bayar rm30 tau pada pengawai pejabat agama yang proses borang korang tu. then, tunggu la giliran untuk interview ye! interview ni utk orang johor dan yang bermastautin di johor lebih 6 bulan je. be prepared~ hehe.

Soalan interview:
1)mengucap 2 kalimah syahadah & erti
2) al-fatihah & 2 surah lazim
3) bacaan doa qunut, tahiyat awal/akhir
4) toharah
5) munakahad
6) tanggungjawab suami isteri

soalan dari 4 to 6 tu, randomly ye..mksdnye depend on ustaz/ustazah yang akan soal korang nanti. sebab skop terlalu meluas. 

4) bila dah lulus interview, pegawai pejabat agama akan passkan korang satu fail beserta no telefon jurunikah untuk korang serahkan fail tersebut kepada jurunikah yang akan menikahkan korang nanti. kire yang purpose memang untuk book date & masa la kat jurunikah tu. 

5) dah selesai semua, ALHAMDULILLAH! BOLEH KAHWIN! haha wehuu.. 


p/s: tak boleh heppy sgt, tanggungjawab lepas khwn tu lagi berat okay..-_-"


Oklah, hopefully dapat la juga membantu kepada sesiapa yang bakal berkahwin di johor ye. Best of luck guys! 

MAY ALLAH EASE EVERYTHING ON MY BIGGEST EVENT IN MY LIFE 

AMIN
AMIN
AMIN

kalau ade terkurang/tersilap dengan info diatas, maaf ye :) sekadar membantu ~


pens off,
nadiahalim





5 comments:

Anonymous said...

yg belah laki punya flow xda ka?

-is perkasa johor..^^-

N.N.M.H said...

Is perkasa johor:

errr...belah laki lebih kurang je kot cume ko kene submit ke pejabat agama terdekat utk dapatkan sijil kebenaran berkahwinan dan pengesahan dari jabatan agama tu. macam tunang ak, kene tunggu after submit tu, then nanti baru boleh collect utk pass pada perempuan :)

N.N.M.H said...

~is perkasa johor~

kene tunggu "seminggu"...tertinggal perkataan plak haha

farha fatiha said...

asmkum,mcm mna nk log in klu lupa id and password eh?

Mar Mansor said...

good info..

MY SAVINGS (: